1
|
Mat Noor M, Mohamad Zin NFA, Shamsusah NA. Keberkesanan Ekstrak Akua Kaliks Hibiscus sabdariffa Sebagai Agen Anti-Obesiti dan Peningkat parameter Kesuburan Tikus Jantan Aruhan Obesiti. MALAYSIAN APPLIED BIOLOGY 2023; 52:137-147. [DOI: 10.55230/mabjournal.v52i6.2838] [Citation(s) in RCA: 0] [Impact Index Per Article: 0] [Reference Citation Analysis] [Abstract] [Track Full Text] [Subscribe] [Scholar Register] [Indexed: 01/06/2025]
Abstract
Obesiti meningkatkan risiko gangguan proses spermatogenesis yang boleh mengakibatkan penurunan kesuburan lelaki. Hibiscus sabdariffa merupakan tumbuhan yang mampu mengurangkan jumlah lipid dalam darah haiwan. Penggunaan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa sebagai peningkat parameter kesuburan lelaki masih kurang jelas. Oleh itu, kajian ini menggunakan tikus jantan aruhan obesiti sebagai model haiwan bagi mengenal pasti kesan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa dalam memulihkan masalah kesuburan jantan di samping bertindak sebagai agen anti-obesiti. Sebanyak 36 ekor tikus jantan Sprague Dawley dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang setiapnya terdiri daripada enam ekor tikus. Kumpulan kawalan terdiri daripada kumpulan normal, negatif (tikus teraruh obesiti tanpa rawatan) dan positif (tikus teraruh obesiti yang diberi 10 mg/kg berat tubuh orlistat). Kumpulan rawatan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa pula dibahagi kepada tiga iaitu Hs100 (100 mg/kg berat tubuh), Hs200 (200 mg/kg berat tubuh) dan Hs300 (300 mg/kg berat tubuh) selama 14 hari tempoh rawatan. Semua tikus kajian kecuali kumpulan normal diaruh obesiti dengan diberi diet tinggi lemak (HFD) sehingga mencapai nilai indeks Lee melebihi 310. Tikus kumpulan rawatan Hs100, Hs200 dan Hs300 yang diberi ekstrak akua kaliks H. sabdariffa mengikut dos masing-masing menunjukkan penurunan berat badan yang signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan negatif. Analisis kuantiti sperma dalam kumpulan rawatan Hs100 menunjukkan peningkatan secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan normal dan negatif. Analisis histologi testis juga menunjukkan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa pada kumpulan rawatan membantu memperbaiki struktur tubul seminiferus dengan kepadatan spermatozoa yang tinggi pada lumen serta peningkatan berat testis dan diameter tubul seminiferus berbanding kumpulan kawalan normal dan kawalan negatif. Kesimpulannya, rawatan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa iaitu Hs100 merupakan dos optimum yang mampu meningkatkan parameter kesuburan berbanding kumpulan rawatan normal dan kawalan negatif, serta mempunyai kesan anti-obesiti pada tikus jantan teraruh obesiti.
Collapse
|
2
|
Sanches ESAM, Tsuzuki F, Joinhas FA, Martins CCN, Fernandes GSA, Salles MJS. Bupropion promotes alterations in the spermatogenesis of mice and congenital malformations in the offspring. Reprod Fertil Dev 2018; 30:1751-1758. [DOI: 10.1071/rd18007] [Citation(s) in RCA: 2] [Impact Index Per Article: 0.3] [Reference Citation Analysis] [Abstract] [Track Full Text] [Journal Information] [Subscribe] [Scholar Register] [Received: 01/07/2018] [Accepted: 06/07/2018] [Indexed: 01/23/2023] Open
Abstract
Bupropion hydrochloride (BUP) has been associated with male sexual dysfunction. The aim of this study was to evaluate the effects of BUP on the reproductive function of male mice and to evaluate offspring development. The mice were distributed into BUP group (40 mg kg−1) and control group (saline). On Day 35 of treatment the males were placed to mate with females and then killed on Day 46 for evaluation of reproductive function. On Day 18 of pregnancy, pregnant females were killed for evaluation of congenital malformations in the offspring. The BUP group showed a decrease in the Johnsen score (Control, 9.354 ± 0.092; BUP, 7.615 ± 0.147), Sertoli (Control, 5.623 ± 0.184; BUP, 4.215 ± 0.097) and Leydig (Control, 11.430 ± 0.817; BUP, 7.531 ± 0.213) cell counts, testosterone levels (Control, 783.5 ± 154.2 ng dL−1; BUP, 201.4 ± 54.8 ng dL−1) and sperm production (Control, 2.852 ± 0.211; BUP, 1.988 ± 0.116) and increased morphological alterations of the sperm head (Control, 8.134%; BUP, 10.423%) and tail (Control, 4.96%; BUP, 16.211%). The congenital malformations observed in BUP-derived offspring were: kyphosis (Control, 0.00%; BUP, 5.26%), retroverted rear legs (Control, 14.43%; BUP, 53.68%), incomplete ossification of the supraoccipital and exoccipital (Control, 21.82%; BUP, 86.00%) and sternum (Control, 25.45%; BUP, 82.00%). BUP had toxic effects on testicular function and teratogenic potential.
Collapse
|